Hak asasi: 4 daripada 10 untuk Najib, kata Suaram
Diterbitkan: Dec 8, 2011 3:28 PM | Dikemas kini: Dec 8, 2011 3:32 PM
Kerajaan telah dikritik keras kerana melanggar hak asasi manusia dalam tindakannya ke atas beberapa gerakan masyarakat sivil tahun ini.
Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong (kanan)
hari ini berkata, kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah gagal mempertahankan hak-hak rakyat.
"Saya akan letakkan kedudukan kerajaan, iaitu 4 daripada 10, kerana (walaupun) berjanji untuk meningkatkan lagi kebebasan sivil, masih ada perkara-perkara seperti penahanan tanpa bicara," kata Kua.
Beliau memberitahu pemberita demikian di majlis pelancaran Laporan Hak Politik dan Sivil 2001 Suaran di Kuala Lumpur hari ini.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.