Seramai 17 warga asing termasuk enam wanita ditahan kerana melanggar peraturan imigresen.

Mereka ditahan dalam operasi yang dilakukan sejak 9 malam hingga 3 pagi tadi. Secara keseluruhan 157 warga asing diperiksa dalam operasi itu.

Mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita Nigeria, dua lelaki dan tiga wanita warga Indonesia, dua wanita Uganda dan masing-masing seorang lelaki Bostwana, Nepal, Yemen dan Bangladesh.

"Dalam operasi yang kita jalankan, kita dapati mereka melakukan pelbagai kesalahan seperti tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan yang sah," kata Pengarah Imigresen Selangor, Amran Ahmad kepada pemberita selepas operasi itu.

Mereka yang berusia sekitar 20-an dan 40-an itu dihantar ke Depoh Imigresen Semenyih dan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) Akta yang sama.

- Bernama