Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kekeliruan di hari terbuka Bil Juru Komputer Mosti

Hari terbuka Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi diselubungi kekeliruan apabila panelnya yang menggubal rang undang-undang Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 (CPB2011) gagal menjawap soalan daripada beberapa hadirin yang terdiri daripada pakar IT Malaysia.

NONE "Kami tidak mahu undang-undan itu,” kata seorang profesional IT yang jelas tidak gembira dan ini disambut oleh hadirin lain dengan berdiri bagi menyokongnya. Ini kerana sebahagian besar soalan yang diajukan bukan sahaja tidak dijawap dengan jelas tetapi pihak kementerian tidak mempunyai jawapannya.

Pakar industri daripada organisasi berasaskan komputer dan IT hadir hari ini bagi mendapatkan penjelasan tetapi tidak ada pegawai atasan kementerian yang hadir.

NONE Turut hadir adalah setiausha publisiti DAP Tony Pua. Beliau membidas kerajaan kerana didakwa tidak menyelaraskan acara hari ini dengan baik dan ketidakupayaan panel yang disediakan untuk menjawap soalan serta ketiadaan pegawai atasan kementerian.

Ahli parlimen Labis Chua Tee Yong, yang mengetuai kumpulan profesional muda MCA juga dijadualkan hadir pada sesi kedua hari terbuka ini. Adalah difahamkan beliau akan meluahkan bantahan partinya berhubung rang undang-undang itu.

[Baca berita penuh]

ADS