Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

MCA hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mendesak supaya Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 ditarik balik.

"Kita tidak boleh sokong ini, dan oleh itu menuntut supaya rang undang-undang itu ditarik balik," kata Ketua Biro Profesional Muda, parti itu Chua Tee Yong.

Bercakap kepada pemberita pada Hari Terbuka Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di  Putrajaya selepas menyerahkan memo berkenaan kepada panel yang merangka rang undang-undang, Chua yang juga ahli parlimen Labis juga melahirkan kebimbangannya.

Katanya, beliau gusar undang-undang yang bakal diperkenalkan itu mungkin memudaratkan orang ramai.

Antaranya, rang undang-undang itu memperuntukkan hukuman kepada profesional komputer yang mengamalkan kerja mereka tanpa mendaftar dengan Lembaga Pengkomputeran Profesional Malaysia.

Katanya, syarat mewajibkan pensijilan untuk pengamal komputer boleh menyebabkan kadar  pengangguran yang lebih tinggi dan bukannya menyelesaikan pengangguran di kalangan profesional IT.

[Baca berita penuh]

ADS