Boustead dapat kontrak kapal tentera RM9b
Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard berkata mereka memenangi perjanjian RM9 bilion daripada Putrajaya untuk membekalkan enam kapal laut yang dibangunkan oleh pengilang Perancis DCNS.
Boustead Naval Shipyard berkata, mereka diberikan surat tawaran oleh Kementerian Pertahanan untuk membina dan menghantar enam kapal yang dinamakan "second generation patrol vessels littoral combat ships".
Penghantaran pertama dijangka dibuat pada 2017 diikuti setiap enam bulan selepas itu, tambahnya seperti dilaporkan
AFP
.
Minggu lepas, Boustead berkata mereka dipilih Tentera Laut Malaysia untuk membina kapal perang, yang menurut DCNS boleh berara di laut selama tiga minggu dan direka untuk dikemudi di kawasan pesisir pantau dan pulau bagi melawan ancaman lanun dan mengawasi aktiviti nelayan.

