Awang Adek: Sebilangan ahli PAS Bachok janji sokong BN
Bendahari Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin mendakwa sebilangan ahli PAS di Bachok telah mengunjunginya bagi memaklumkan bahawa mereka akan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang, walaupun masih berada dalam parti pembangkang itu.
Bendahari Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin mendakwa sebilangan ahli PAS di Bachok telah mengunjunginya bagi memaklumkan bahawa mereka akan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang, walaupun masih berada dalam parti pembangkang itu.
"Bagi saya kesanggupan mereka untuk mengundi BN walaupun masih menjadi ahli PAS sudah memadai dan saya yakin mereka tidak akan mengkhianati janji itu," kata beliau yang dijangka bakal menjadi calon BN bagi kerusi Parlimen Bachok.
Oleh itu, beliau yakin BN dapat menawan kerusi Parlimen berkenaan serta tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) - Tawang, Jelawat dan Perupok - di jajahan tersebut.
PAS memenangi kerusi Parlimen Bachok dan ketiga-tiga kerusi DUN berkenaan dalam pilihanraya umum 1999.
Menurut laporan Bernama , Awang Adek yang juga ketua penaja Umno Bahagian Bachok berkata, keyakinannya itu berdasarkan kepada kajian dan sambutan rakyat di jajahan tersebut.
Katanya, BN telah dapat menembusi hampir semua kubu kuat PAS di kawasan DUN Tawang, Jelawat dan Perupok, sebagai bukti bahawa rakyat di situ tidak sanggup lagi berada di bawah pemerintahan PAS.
Kerja keras
Awang Adek yang juga pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) yakin sekiranya rakyat berubah dan kerajaan negeri beralih kepada BN, pembangunan dan ekonomi mereka akan dapat dipertingkatkan.
Menurutnya, beliau sering menerima aduan rakyat yang serik serta tidak mahu lagi berada di bawah kerajaan negeri yang diterajui PAS.
Malah, katanya, rakyat di Bachok khususnya telah menyedari bahawa kerajaan PAS gagal melaksanakan sebarang bentuk pembangunan di jajahan tersebut.
Menurutnya, jentera pilihanraya BN kini bekerja keras turun ke akar umbi untuk meninjau dan berusaha mengatasi masalah rakyat.
Setakat ini, katanya, jentera parti mempunyai persepakatan erat dan mereka berjanji akan memastikan BN menang besar pada pilihanraya akan datang.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.