Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu NFC: 'Datuk' dijangka didakwa
Diterbitkan:  Dec 30, 2011 12:55 PM
Dikemaskini: 4:56 AM

Lelaki berusia 45 didakwa bergelar "Datuk" yang ditahan sebelum ini berhubung dakwaan cuba merasuah pegawai polis ketika siasatan melibatkan skandal National Feedlot Corporation, dijangka akan dituduh di mahkamah petang ini.

Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan bahawa lelaki berkenaan dijadualkan akan didakwa hari ini.

Tempoh tahanan reman ke atas ahli perniagaan tersebut berakhir hari ini.

Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman polis dan diserahkan kepada SPRM pada 22 Disember.

Pengerusi NFC, telah menafikan kaitan keluarga antara "Datuk" berkenaan dengan dirinya dan juga isterinya, menteri pembangunan wanita dan keluarda Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

ADS