Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Gabungan HIMPUN akan mendedahkan lebih banyak lagi bukti murtad di satu perhimpunan yang dijadualkan dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari Sabtu depan di Stadium Tertutup Paroi di Seremban.

Aminuddin Yahaya Himpun PC in Seremban Bercakap dalam satu sidang akhbar di Seremban hari ini, setiausaha agung HIMPUN, Aminuddin Yahaya berkata ada pihak yang menganggap dakwaan mereka itu tidak berasas.

Sebenarnya, kata beliau, pihaknya mempunyai bukti dan fakta untuk menyokong dakwaan mereka mengenai kejadian murtad yang dilaporkan.

Apabila Malaysiakini meminta beliau mendedahkan beberapa bukti untuk menyokong dakwaannya itu, Aminuddin (kanan) berkata, beliau akan berbuat demikian di perhimpunan Sabtu depan.

Ditanya sama ada HIMPUN akan membuat laporan kepada pihak berkuasa agama atau polis berhubung dakwaan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bahawa ada pertubuhan Kristian menghantar mubaligh berpakaian jubah ke masjid-masjid dan mengerjakan solat Zuhur dengan orang Islam untuk mendekati jemaah, Aminuddin berkata, Dr Hasan telahpun menubuhkan Unit Selamatkan Akidah dan sedang mengumpul bukti.

Katanya, terdapat juga NGO Islam yang telahpun  menjalankan program pemulihan iman dan mengambil tindakan-tindakan yang perlu.

Manakala pihaknya pula, jelas Aminuddin, memberi tumpuan kepada usaha mengadakan perhimpunan.

Menurutnya lagi, untuk tindakan terperinci, pihaknya menyerahkannya kepada NGO-NGO berkenaan.

Ditanya mengapa sebelum ini HIMPUN memberi tumpuan di Selangor, yang memberi gambaran bahawa murtad itu berlaku hanya berlaku di negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, Aminuddin berkata, pihaknya tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Sebaliknya, kata beliaiu, HIMPUN menganjurkan perhimpunan di negeri-negeri di mana kes-kes murtad dilaporkan.

Di Negeri Sembilan,  katanya, terdapat 183 permohonan untuk keluar Islam dilaporkan dalam tempoh 10 tahun yang lalu dan 38 daripadanya telah diluluskan.

Katanya, terdapat satu kes yang dilaporkan di Terengganu baru-baru ini, yang merupakan sebuah negeri yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Oleh itu, katanya, adalah tidak benar tuduhan bahawa pihaknya hanya mensasarkan Selangor kerana ia ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Hasan ali pc Aminuddin berkata, pihaknya memulakan menganjurkan perhimpunan di Selangor, kemudian di Perak dan sekarang di Negeri Sembilan.

"Kami akan pergi ke negeri-negeri lain juga dalam tempoh dua bulan akan datang," kata Aminuddin.

Bagi perhimpunan minggu depan, antara mereka yang akan berucap ialah Dr Hasan; pengerusi HIMPUN, Azmi Abdul Hamid; timbalan pengerusi HIMPUN, Abdullah Zaik Abdul Rahman dan bekas Mufti Negeri Sembilan, Murtadza Ahmad.

Aminuddin turut menegaskan bahawa kumpulannya tidak menentang Kristian, tetapi hanya mempertahankan Islam.

 [Baca berita penuh]

 

 

ADS