Dalam majlis makan tengah hari kedua dengan pemimpin Kristian sejak Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi diminta supaya menubuhkan sebuah kementerian untuk mengendalikan hal ehwal masyarakat bukan Islam.

archbishop murphy pakiam and pm najib razak Menurut sumber-sumber yang menghadiri majlis makan tengah hari

itu di Putrajaya, cadangan tersebut dibuat semasa perbualan yang berlangsung dalam suasana mesra.

Katanya, majlis tersebut dihadiri oleh "kira-kira separuh anggota kabinet" termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mustapa Muhamad.

herald judicial review kl court 250408 archbishop murphy pakiam father lawrence andrew Mewakili pihak gereja ialah Bishop Ng Moon Hing, Reverend Eu Hong

Seng, Bishop Thomas Tsen, Archbishop Murphy Pakiam (kiri dalam gambar), Bishop Hwa Yung dan Bishop Bolly Lapok.

Majlis tersebut digunakan oleh mereka yang mewakili gereja di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, untuk menyuarakan beberapa isu yang dihadapi masyarakat Kristian tahun lalu.

[Baca berita penuh]