Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Turunkan bendera Najib: Adam diajukan 'soalan pelik'

Aktivis pelajar yang terbabit dalam kejadian menurunkan bendera di ibu pejabat Umno bulan lalu  dipanggil hari ini untuk memberi keterangan berikutan laporan polis yang dibuat ke atasnya.

Adam Adli Abdul Halim, 23, disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

 

NONE Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu diiringi oleh peguamnya Fadiah Nadwa Fikri ( kiri ) untuk diambil keterangannya di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi, pagi tadi.

 

Menurut Fadiah, inspektor polis yang mencatatkan kenyataan itu mengemukakan 11 soalan kepada Adam yang memilih untuk tidak menjawap soalan berkenaan.

Katanya, beliau mendapati salah satu daripada soalan berkenaan yang berbunyi "agak pelik", iaitu Adam ditanya sama ada beliau ada memijak bendera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 

"Soalan itu berbunyi adakah awak memijak bendera yang diturunkan. Ini dakwaan palsu, tidak ada kejadian memijak bendera," kata Fadiah.

 

bebas protest loweing of najib's flag "Apa yang Adam turunkan juga bukan sehelai bendera, ia hanya kain yang tertera gambar Najib," katanya.

 

Sehubungan itu, Fadiah menafikan berlakunya sebarang salah laku dan mendakwa bahawa tindakan menurunkan bendera adalah cara yang sah bagi meluahkan pendapat ataupun kebebasan bersuara.

“Tindakan Adam ini adalah kebebasan berekspresi beliau dan ia dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan iaitu undang-undang tertinggi negara kita,” katanya.

Berat sebelah

Bagaimanapun menurut Fadiah, pegawai polis berkenaan tidak menyatakan asas mengapa Adam dipanggil dan enggan membenarkan beliau melihat laporan tersebut.

“Timbul persoalan sama ada laporan itu wujud atau sekadar alasan agar Adam boleh dipanggil ke balai untuk dirakamkan keterangannya dengan diaju 11 soalan, katanya.

Sementara itu, Adam berkata, beliau terkejut kerana pihak polis benar-benar mengheretnya untuk disiasat meskipun mereka tidak mempunyai asas untuk berbuat demikian.

NONE Walau bagaimanapun, aktivis pelajar yang berusia 22 tahun berkata beliau tidak mempunyai masalah atau gentar jika pihak polis mahu mendakwanya di mahkamah.

Katanya, beliau kesal dengan tindakan berat sebelah polis mengenai kes beliau.

“Saya disiasat di bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan. Perlu diketahui, sebelum seksyen 504, ada seksyen 503 dan di bawah seksyen itu saya sebelum ini membuat laporan mengenai ugutan bloggers dan pihak tertentu.

“Sejak insiden 17 Disember sehingga saya dipanggil ke balai hari ini, polis tiada jawapan status laporan mengenai ugutan itu,” tegasnya.

 

Seksyen 504 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atas kesalahan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan menjejaskan keamanan.

ADS