Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) tidak akan berbuat apa-apa yang boleh menjejaskan siasatan pihak berkuasa terhadapnya, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Dalam tweetnya kepada Malaysiakini, beliau berjanji untuk memberikan taklimat kepada pihak media kemudian.

Wan Shahinur berkata siasatan polis sedang berjalan dan pihaknya memberi kerjasama sepenuhnya dan tidak akan melakukan apa-apa jua yang boleh menjejaskan siasatan.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan lebih mendalam dengan pihak media apabila tiba masanya.

Wan Shahinur bagaimanapun tidak memberi respon terhadap dakwaan bahawa syarikat itu akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) minggu ini.

Hari ini, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli menggesa kerajaan membekukan akaun dan aset NFC berikutan kebimbangan ia mungkin menstruktur semula syarikat itu dan akan menjejaskan siasatan polis.

[Baca berita penuh]

ADS