Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Amid Nordin, 59, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra Melaka hari ini akibat penyakit barah hati.

    

Allahyarham yang menjawat jawatan Speaker DUN yang kesembilan pada 1999 sehingga 2004 meninggal dunia kira-kira 12 tengah hari tadi selepas dirawat di hospital itu sejak dua hari lepas.

Amid yang juga bekas ADUN Telok Mas dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Melaka meninggalkan dua balu dan enam orang anak.

    

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pemergian  Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bagi Umno dan BN kerana beliau seorang yang berdedikasi dalam menjalankan tugas.

    

Beliau berkata Allahyarham telah menghidap barah hati sejak Januari 2011 dan menjalani sesi kimoterapi sejak dua bulan lepas.

    

"Saya lihat dalam tempoh lima bulan kebelakangan ini, Allayarham sering diganggu masalah kesihatan," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham di Hospital Putra di Melaka.

    

Mohd Ali berkata Allayarham yang juga merupakan pengerusi Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) telah membawa banyak keuntungan kepada kerajaan negeri dalam menjana pembangunan perdagangan di Melaka.

ADS