Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
HIMPUN: Hasan Ali sertai, 10,000 dijangka hadir

Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) menjangkakan lebih 10,000 orang akan menghadiri perhimpunan keempat yang dijadual diadakan di Dewan Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas pada 28 Januari ini.

Pengerusi bersama HIMPUN Mohd Azmi Abdul ( gambar bawah, kiri ) Hamid berkata perhimpunan itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang anasir-anasir negatif yang cuba menggugat dan memesongkan akidah umat Islam ketika ini.

Mohd Azmi at post Himpun PC "HIMPUN mengumpulkan semua lapisan masyarakat beragama Islam dari segenap lapisan tanpa mengira latar belakang ekonomi dan politik, meningkatkan kesedaran mempertahankan akidah dari godaan anasir negatif," katanya pada sidang media sempena perhimpunan itu di Kepala Batas hari ini.

"Perhimpunan ini tiada kaitan langsung dengan fahaman atau ideologi mana-mana parti politik, tujuan kita adakan perhimpunan ini hanyalah untuk mempertahankan akidah umat Islam, memberi kesedaran tentang ancaman luar dan tiada kaitan langsung dengan politik," kata beliau.

Katanya pada perhimpunan itu bekas exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali adalah antara empat penceramah akan memberikan ceramah.

Perhimpunan yang bertemakan 'Selamat Akidah' itu turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan nasyid Far-East, Mestica dan Muaz.

- Bernama

ADS