Akidah dan politik selari dalam Islam: Husam
Ahli Parlimen PAS, Husam Musa. menyifatkan ahli politik Islam yang menganut fahaman yang mengasingkan kegiatan politik daripada tunjang akidah dan kepercayaan agama, amat merbahaya kerana mereka akan berbuat apa sahaja untuk berkuasa tanpa sebarang tali pengikat atau prinsip hidup.
Ahli Parlimen PAS, Husam Musa. menyifatkan ahli politik Islam yang menganut fahaman yang mengasingkan kegiatan politik daripada tunjang akidah dan kepercayaan agama, amat merbahaya kerana mereka akan berbuat apa sahaja untuk berkuasa tanpa sebarang tali pengikat atau prinsip hidup.
Sambil melahirkan rasa dukacitanya jika masih wujud orang Islam yang berfahaman demikian, ahli jawatankuasa pusat PAS itu bertanya: "Jika bukan agama yang menjadi pegangan ahli politik, apakah yang akan menjadi pegangan dan panduan mereka sebagai ganti?
"Apa jaminan pegangan tersebut dapat diterima oleh orang lain? Jika tiada jaminan ia akan diterima oleh orang lain, apa jaminan masyarakat tidak akan berpecahbelah?" kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Bendahari Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek bahawa masyarakat perlu berwaspada dengan ancaman `politik akidah' yang kerap diketengahkan oleh PAS kerana sentimen keagamaan seperti itu mampu melemahkan pengurusan ekonomi dan kestabilan politik negara.
Menurut Awang yang juga pengerusi Tenaga Nasional Berhad, jika politik akidah dibiarkan berleluasa dan meracuni pemikiran masyarakat, ia dikhuatiri boleh memporak-perandakan negara serta menjejaskan agenda kerajaan untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.
Mengulas lanjut mengenainya, Husam berkata, mereka yang berfahaman sedemikian akan berbuat apa sahaja untuk kuasa.
Pertumbuhan ekonomi
"Jika kegiatan politik terpisah daripada agama, di mana tempat orang politik di akhirat? Perbuatan mereka sebagai ahli politik tidak akan dinilai oleh Allah sebagai baik atau jahat?" tegas beliau lagi.
Menurut Husam, pendapat Awang ternyata meleset kerana kadar pertumbuhan ekonomi yang baik di Terengganu yang diperintah oleh PAS sejak tiga tahun lalu berbanding dengan prestasi negeri-negeri lain di bawah pentadbiran Umno.
Katanya, mengikut buku "Kajian Separuh Penggal Malaysia Kelapan", kadar pertumbuhan ekonomi Terengganu ialah 5.6 peratus bagi tahun 2002 berbanding Kedah yang hanya meningkat sebanyak 3.6 peratus.
Selain itu, katanya, pelaburan terus asing (FDI) ke Terengganu bernilai berbilion ringgit berbanding Kedah, manakala harga saham Amanah Saham Terengganu di BSKL lebih tinggi iaitu 56 sen berbanding Amanah Saham Kedah dan Johor yang tidak sampai 20 sen.
Beliau juga mengecam dakwaan Awang bahawa PAS telah mengeluarkan fatwa bahawa kegiatan dikir barat sebagai perbuatan orang kafir.
"(Dakwaan itu) amat melucukan. Bukankah Kerajaan PAS sentiasa menganjurkan dikir barat dan ini diketahui oleh dunia? Ini abad kedua puluh satu dan dunia IT. Jangan malukan diri sendiri," kata Husam..
"Ke mana Awang Adek? Kalau ya pun nak menang, jagalah pegangan agama kita," tambahnya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.