Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak risau dengan ugutan  terbaru Datuk T untuk mendedahkan satu lagi video seks yang didakwa membabitkannya.

anwar ibrahim in penang chinese new year open house speech Bercakap di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang di

Seberang Jaya hari ini, Anwar mendakwa ketiga-tiga anggota trio Datuk T digunakan oleh Umno yang tidak boleh menerima keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari lalu yang membebaskan beliau daripada tuduhan liwat.

Anggota trio Datuk T ialah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Apabila ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap trio Datuk T yang terus menerus mencemarkan imej beliau, Anwar sebalik bertanya siapakah mereka itu dan adakah mereka boleh dipercayai.

Katanya, pemimpin Umno tidak tidak berani berdepan dan berdebat mengenai dasar-dasar, tetapi lebih suka bersembunyi di sebalik trio Datuk T.

anwar ibrahim in penang chinese new year open house 2 Semalam, 'Trio Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR itu, mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - Shuib berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Shuib berkata beliau sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh seorang lagi anggota trio Datuk T, Shazryl Ekay.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T,  jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.

[Baca berita penuh]

ADS