Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tawaran Hadi undur diri tanda sesuatu tak kena dalam PAS'
Diterbitkan:  Jan 28, 2012 10:35 PM
Dikemaskini: 5:15 PM

Hasrat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang menunjukkan sesuatu yang tidak kena dalam parti itu, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein.

    

hadi awang sinar harian Beliau berkata kenyataan presiden parti itu dalam satu termubual  dengan akhbar Sinar Harian adalah sesuatu yang amat luar biasa sebagai petanda bahawa PAS kini berada dalam kancah pergolakan.

"Ini (keputusan) mungkin kesan konflik yang berlaku dalam PAS, termasuk isu pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali," katanya.

    

"Situasi ini juga mungkin memberi tamparan hebat kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang sepatutnya membuat keputusan seperti itu memandangkan beliau telah uzur dan sudah lama sebagai Menteri Besar Kelantan," katanya.

Sebelum itu, Awang Adek meyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman kerjasama pemasaran antara syarikat AFPM Lifestyle Sdn Bhd dengan Jalinan Prospek (M) Bhd di sini, hari ini.

- Bernama

ADS