Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BMW, rumah TPJ PAS Johor terbakar, dipercayai dikhianat
Diterbitkan:  Feb 3, 2012 10:33 AM
Dikemaskini: 2:36 AM

Kereta BMW milik timbalan pesuruhjaya PAS Johor, Dr Dzulkefly Ahmad dan tingkat bawah rumahnya terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat awal pagi ini.

NONE Dzulkefly, yang tinggal di Taman Universiti berhampiran Skudai, tidur di

tingkat atas rumahnya apabila kejadian itu berlaku pada jam 3.40 pagi, demikian menurut laporan Harakahdaily.

Pemimpin PAS itu berkata beliau dan isterinya terbangun oleh bunyi letupan yang kuat.

"Saya kejut, isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.

"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," katanya.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS