Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hasan tak cadang kerjasama dengan KITA Kedah

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat, Datuk Dr Hasan Ali yang mahu menubuhkan gerakan Islam yang dinamakan JATI, tidak berminat dengan cadangan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim untuk bekerjasama.

himpun rally in penang hasan ali Ini, katanya, adalah kerana di segi penubuhannya, KITA tidak membawa prinsip Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu (IMR).

"Terdapat beberapa tulisan mencadangkan supaya ada gabungan dengan Hasan Ali, (tetapi) saya tidak bercadang (berbuat demikian).

"Saya tengok dari segi penubuhannya pun, KITA tak bawa prinsip IMR, apa-apa yang tak bawa prinsip IMR, setakat ini, saya tidak boleh bersama dengan mereka," katanya dalam satu sidang akhbar di kediamannya di Kuala Lumpur.

Hasan juga menolak desas-desus yang beliau mungkin memimpin KITA, yang presidennya, Datuk Zaid Ibrahim berhasrat untuk membubarkan parti itu, sambil berkata, beliau (Hasan) juga menerima tawaran yang sama dari PERKASA.

"Saya cadang Datuk Ibrahim Ali jadi presiden (PERKASA) seumur hidup, biarlah beliau menerajuinya... begitu juga dengan KITA," kata Hasan.

Zamil, bagaimanapun, melalui satu SMS hari ini  menafikan telah meminta Hasan untuk menggantikan Zaid.

Sebaliknya, kata Zamil, beliau dan rakan-rakannya hanya mahu bekerjasama dengan NGO yang dipimpin oleh Hasan.

[Baca berita penuh]

ADS