Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak - Datin Seri Rosmah Mansor dijadual menerima ijazah doktor kehormat dari Universiti Curtin di Australia hujung minggu ini, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini.

NONE "Ada orang di sini yang bercakap perkara-perkara buruk terhadapnya, tetapi lihat bagaimana rakyat negara lain (Australia) menghargai sumbangannya dengan memberi ijazah doktor falsafah kepadanya," kata Mohamad pada kira-kira 2,000 hadirin di Rahang, Seremban.

Najib dan Rosmah dijadual ke Australia lewat hari ini, tetapi ia tidak disahkan di mana Rosmah akan menerima doktor falsafah berkenaan kerana Universiti Curtin mempunyai dua kampus - satu di Perth dan satu lagi di Sydney.

Mohamad memaklumkan kepada orang ramai bahawa Najib terpaksa membatalkan salah satu acaranya yang dijadualkan di Taman Desa Rhu petang ini dan kembali ke Kuala Lumpur.

NONE Najib pada ucapannya sebelum itu memberitahu orang ramai bahawa rakyat Malaysia gembira dan mengalu-alukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang ditawarkannya.

"Jika pembangkang dakwa bahawa kita meminjam wang dari Bank Dunia untuk beri wang ini, maka ia cerita dongeng (mitos) pembangkang.

"Kita bukan seperti Greece," kata Najib, merujuk kepada ahli Kesatuan Eropah itu yang menghadapi masalah hutang akibat masalah ekonomi global.

Pentadbiran BN cekap

Najib berada di Negeri Sembilan untuk majlis penyerahan surat

tawaran memiliki rumah projek penempatan semula penduduk di Kampung Abok dan bantuan RM500 kepada penduduk di Rahang.

NONE Pada ucapannya itu, Najib juga berkata pentadbiran dan pengurusan yang cekap kerajaan BN telah memungkinkan perkembangan positif ekonomi negara, termasuk kejayaan mencatatkan jumlah dagangan paling tinggi, sebanyak RM1.3 trilion tahun lalu.

Katanya, angka itu sekaligus bererti nilai dagangan keseluruhan negara meningkat dua kali ganda berbanding pendapatan kasar negara (GDP) yang mencatat RM560 bilion.

Pencapaian itu katanya telah meletakkan Malaysia antara negara yang paling tinggi dari segi nisbah GDP dengan nilai dagangan keseluruhan.

"Apabila ekonomi negara berkembang, hasil negara bertambah, dan bila kita urus kutipan hasil dengan baik, kita akan dapat pendapatan yang bertambah.            

NONE "Sebab itu bila saya bentang Bajet 2012, saya boleh, dengan keyakinan membantu meringankan beban rakyat," katanya lagi.

Pagi tadi, Najib dan Rosmah kemudiannya menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.

ADS