Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Dakwaan 'tangan ghaib' Raja Petra, satu fitnah
Diterbitkan:  Feb 12, 2012 10:41 AM
Dikemaskini: 2:44 AM

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin  berkata dakwaan beliau 'tangan ghaib' yang mendedahkan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah satu fitnah.

NONE Katanya dakwaan tersebut juga adalah satu usaha pembangkang untuk memutar belitkan isu NFC selain cuba melemahkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Dakwaan Raja Petra (Kamarudin) ini merupakan satu fitnah," katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul dan penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Pantai Dalam di Kuala Lumpur, semalam.

Raja Nong Chik mengulas entri terkini pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin bahawa beliau antara dalang yang mendedahkan skandal NFC yang mengaitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Antara lain, Raja Petra turut mendakwa Raja Nong Chik berbuat demikian bagi memastikan peluangnya untuk bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai tidak digugat Shahrizat yang sebelum ini pernah mewakili kawasan itu sebelum tewas kepada Nurul Izzah Anwar pada pilihan raya umum lepas.

raja petra exile communist hat Mengulas lanjut, Raja Nong Chik berkata pada mesyuarat Umno Bahagian Lembah Pantai baru-baru ini, Shahrizat telah menyatakan keputusan untuk tidak bertanding di kawasan tersebut pada pilihan raya umum akan datang.

Raja Nong Chik yang juga Ketua Umno Lembah Pantai turut menafikan dakwaan penulis blog itu bahawa beliau kini tidak bertegur sapa dengan Shahrizat.

Ditanya sama ada beliau merupakan calon BN bagi Lembah Pantai pada pilihan raya umum akan datang, Raja Nong Chik berkata perkara tersebut adalah di bawah bidang kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS