Cuepacs mahu kenderaan k'jaan dikecuali dari tol
Diterbitkan: Feb 12, 2012 5:44 PM | Dikemas kini: Feb 12, 2012 5:48 PM
Selepas membuat saranan supaya kenderaan bomba dan penyelamat dikecualikan daripada tol, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kini turut mencadangkan skop pengecualian bayaran tol dibuat ke atas semua kenderaan rasmi kerajaan.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata langkah itu bagi meringankan beban pemandu yang terpaksa membayar sendiri tol ketika menjalankan tugas.
"Bagaimanapun perlu dipastikan kenderaan yang akan dikecualikan tol mempunyai logo rasmi jabatan," katanya di Kota Bharu, hari ini.
Omar berkata, Cuepacs sebelum ini hanya meminta kerajaan mengecualikan tol bagi kenderaan bomba dan penyelamat serta ambulans.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.