Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keberkesanan kutip cukai kurangkan defisit fiskal
Diterbitkan:  Feb 19, 2012 5:16 PM
Dikemaskini: 9:36 AM

Keberkesanan sistem kutipan cukai negara banyak membantu dalam mengurangkan defisit fiskal negara pada 2011 iaitu daripada 5.6 peratus yang dicatatkan 2010, turun kepada 5.0 peratus tahun

lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ( bawah ) berkata penurunan itu melebihi jangkaan kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2011, iaitu sebanyak 5.4 peratus.

NONE Beliau berkata penurunan defisit fiskal negara itu banyak dibantu oleh hasil cukai kerajaan yang peroleh untuk tahun lepas yang naik sebanyak RM20 bilion.

"Menurut rekod, kebanyakan kenaikan jumlah kutipan cukai pendapatan adalah daripada cukai pendapatan individu dan ini menunjukkan sistem kutipan cukai pendapatan negara amat berkesan," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis sarapan pagi dan ramah mesra penduduk Labuh Banting, di Permatang Berangan, Butterworth hari ini.

Beliau berkata angka penurunan defisit fiskal negara menunjukkan perbelanjaan kerajaan bagi mengurangkan jumlah defisit itu berhasil dan kerajaan akan meneruskan dengan perbelanjaan yang berhemah.

"Lonjakan jumlah kutipan cukai pendapatan individu yang dicatatkan tahun lepas telah membuktikan bahawa rakyat sudah mula berkeupayaan untuk membayar cukai," katanya.

Mengenai perkembangan ekonomi negara, Nor Mohamed yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata walaupun keadaan ekonomi di Eropah semakin getir, ekonomi Malaysia terus berkembang dan dibuktikan menerusi pendapatan per kapita yang meningkat dengan ketara sejak 1970.

azlan Beliau berkata peningkatan itu juga dibantu oleh keadaan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin pulih daripada krisis.

Katanya, kadar pengangguran di Amerika Syarikat dilaporkan semakin berkurangan dan pengeluaran di negara tersebut semakin naik.

"Pendapatan per kapita negara telah meningkat kepada lebih US$9,000 (kira-kira RM28,000) setahun pada akhir tahun lepas berbanding hanya US$376 (RM1,159) pada 1970," katanya.

Beliau berkata pendapatan rakyat juga tinggal satu tahap lagi untuk mencapai taraf negara maju dan beliau yakin negara akan memperoleh jumlah pendapatan sebanyak US$15,000 menjelang 2020.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS