Malaysiakini
BERITA Malaysiakini

Guan Eng: Najib main api dengan sokong PERKASA

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang bermain dengan api dengan menyokong kumpulan pelampau Melayu PERKASA, kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

lim guan eng at asli debate 200212 01 Mengulas kehadiran isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada majlis makan malam PERKASA Sabtu lalu, Lim ( kanan ) berkata sokongan itu tidak selari dengan gesaan Najib yang kononnya memperjuangkan kesederhanaan.

"Najib bermain permainan berbahaya dengan menyokong dan menaja PERKASA, manakala pada masa yang sama, kononnya menggalakkan kesederhanaan dan perpaduan negara melalui slogan 1Malaysia yang jelas kosong.

"Akibat sokongan aktif dan juga pasif mereka terhadap PERKASA, Najib, Rosmah dan kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua perbuatan melamapau dan kenyataannya yang menghasut," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Lim, kehadiran Rosmah sebagai tetamu kehormat pada acara malam amal itu, jelas membuktikan bahawa Najib dan kerajaannya adalah terbuka terbuka penyokong “pergerakan ultra-nasionalis dan perkauman".

NONE "(PERKASA) berselindung sebagai sebuah NGO dalam usaha menyembunyikan sokongan kerajaan terhadapnya," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Beliau juga menuduh PERKASA sebagai pertubuhan yang cuba menghasut orang ramai dan memberikan contoh perbuatan membakar gambar pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan yang juga dilabelkan sebagai "wanita Hindu yang berbahaya".

Pada Sabtu lalu, Ibrahim memuji Rosmah sebagai "srikandi negara" di hadapan kira-kira 700 orang penyokongnya sambil memberitahu isteri perdana menteri: "We all love you,".

Tambahnya, Rosmah juga seorang individu yang luar biasa kerana sering dilemparkan fitnah oleh pembangkang dan juga media baru "yang nakal dan tidak bertanggungjawab."

NONE Malah, semasa menyambut ketibaan tokoh wanita itu, Ibrahim juga dilaporkan mencium tangannya.

Rosmah pada ucapannya turut bersyukur kerana presiden PERKASA  turut menyokong beliau dalam beberapa isu.

[Baca berita penuh]