Tricubes perkenalkan perkhidmatan JPJ di MyEmail
Tricubes Bhd, pemboleh kepada akaun emel 1Malaysia, hari ini mengumumkan pengenalan dua perkhidmatan elektronik permulaan di www.myemail.my, berasaskan kepada peringatan lesen memandu dan cukai jalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk para pengguna myemail.
Dalam satu kenyataan hari ini, ketua pegawai eksekutifnya, Khairun Mokhtar berkata menerusi ePerkhidmatan JPJ baharu ini, para pengguna myemail akan menerima peringatan dua minggu sebelum lesen memandu atau cukai jalan mereka tamat.
"Peringatan akan dihantar menerusi emel terus ke inbox myemail pengguna serta menerusi telefon pintar masing-masing untuk lebih keselesaan," tambah beliau.
Peringatan JPJ dari myemail adalah berversi digital, sama seperti yang dihantar oleh jabatan menerusi mel fizikal dan ia percuma.
Tricubes, yang disenaraikan di Pasaran ACE, juga sedang bekerjasama dengan Bursa Malaysia untuk memudahkan kelulusan rancangan peraturan yang dikemukakan pada 29 Dis, 2011.
- Bernama

