Rayuan plaintif dalam kes Apcet 11 di Mahkamah Rayuan telah ditangguhkan ke tarikh lain.

Ini berikutan seorang daripada panel hakim, Datuk Azahar Mohamad, mengumumkan beliau menarik diri daripada mendengar kes tersebut.

Beliau yang pernah menjadi Ketua Bahagian Sivil di Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk menarik diri kerana beliau berkemungkinan telah melihat fail-fail kes berkenaan.

Berikutan itu, Hakim Datuk Low Hop Bing, yang mengetuai panel tiga anggota hakim itu, menangguhkan kes tersebut ke tarikh lain yang belum lagi diputuskan lagi.

Pada 22 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan kerajaan membayar RM870,000 sebagai gantirugi am yang dialami 29 individu yang ditahan oleh pihak polis apabila Pemuda Umno mengganggu persidangan tersebut.

Mahkamah juga menganugerahkan kepada mereka gantirugi am sebanyak RM30,000 untuk setiap seorang.

Mereka diwakili oleh peguam Ranjit Singh dan Rashid Ismail.

[Berita penuh menyusul]