Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Vincent Tan bersara dari Berjaya Corp
Diterbitkan:  Feb 23, 2012 3:00 PM
Dikemaskini: 7:02 AM

Berjaya Corporation Bhd (B-Corp) mengumumkan hari ini bahawa pengasas dan pemegang saham penguasaannya, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, telah mengambil keputusan untuk bersara daripada peranan korporatnya yang aktif dalam B-Corp, syarikat utama Berjaya Group of Companies.

vincent tan sports betting Susulan itu, Tan juga melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi B-Corp setelah menyerahkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada anak sulungnya, Datuk Robin Tan Yeong Ching, pada Januari tahun lalu.

"Buat sementara waktu ini, Robin akan memegang jawatan Pengerusi dan CEO B-Corp secara serentak, berkuatkuasa serta merta, sementara Lembaga Pengarah mengenal pasti dan memilih calon yang sesuai untuk mengisi jawatan Pengerusi," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

 - Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS