Hanya Perak sanggup terima PPP: Tajol Rosli
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata beliau bersedia memberi kerusi di Perak kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) kerana tiada negeri lain yang mahu menerima PPP.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata beliau bersedia memberi kerusi di Perak kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) kerana tiada negeri lain yang mahu menerima PPP.
Beliau yang juga pengerusi BN negeri berkata, PPP dikatakan kini lemah, tidak sekuat dulu, tetapi Perak menawarkan untuk menerimanya kerana mengambil kira rekod PPP sebagai sebuah parti yang kuat sebagai pembangkang di Perak sebelum menyertai Perikatan pada 1974.
"Selain (Datuk Seri) Syed Razak (Syed Zain, Menteri Besar Kedah), saya juga merasakan sebagai Menteri Besar yang paling tua, saya perlu mengalah dan kerana itu saya sanggup benarkan mereka bertanding merebut dua kerusi di Perak," katanya.
Bernama
melaporkan beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan Bilik Operasi Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi di Ipoh hari ini.
PPP diberi dua kerusi dalam pilihanraya ini - kedua-duanya di Perak. Presidennya Datuk M Kayveas akan bertanding di
Taiping
manakala pengerusi PPP negeri, Lee Heng di DUN
Pasir Bedamar
.
Tajol Rosli berterima kasih kepada Gerakan, terutama presidennya Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik kerana sanggup menyerahkan Taiping yang merupakan kawasan tradisi parti itu, kepada PPP dan digantikan dengan Bukit Gantang, kawasan tradisi Umno yang mahu diberikan kepada PPP.
Tukar kerusi
Pada asalnya, jelas Tajol, Dr Lim tidak mahu berbuat demikian tetapi telah dipujuk oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk kebaikan BN, katanya.
"Bagaimanapun, saya dan Perdana Menteri telah berjanji ini hanya untuk satu penggal. Selepas itu, Taiping akan diserahkan semula kepada Gerakan dan Bukit Gantang kepada Umno. Kita akan cari kerusi lain untuk PPP," katanya.
Tajol Rosli berkata, tindakan beliau ini memang mengundang
kemarahan
ahli Umno, terutama di Bukit Gantang, kerana kehilangan kerusi tradisi mereka tetapi beliau tidak kisah demi kebaikan BN.
"Dulu PPP parti pembangkang kuat dan hampir-hampir menubuhkan kerajaan negeri dalam pilihanraya tahun 1969. Kemudian dia ditawarkan menyertai BN.
"Sekarang dia tidak kuat lagi tetapi ini tidak bermakna kita boleh mengetepikan dan menghalau mereka. Sebelum mereka keluar BN baik kita beri mereka kerusi. Tidak bermakna mereka lemah sekarang mereka akan lemah selama-lamanya. Jadi ada negeri yang kena beri PPP kerusi dan ia adalah Perak," katanya.
Beliau bersedia menerima kritikan kerana tindakan beliau itu tetapi yakin beliau telah mengambil tindakan yang terbaik untuk perpaduan BN.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.