Pemimpin PKR ditangkap khalwat di Kuantan
Diterbitkan: Feb 25, 2012 10:29 PM | Dikemas kini: Feb 26, 2012 8:52 AM
Seorang pemimpin PKR ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok di Kuantan awal pagi ini.
Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata pemimpin PKR bersama wanita itu ditangkap oleh sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.
Siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya ketika dihubungi bagi mengesahkan tangkapan berkenaan.
Mohd Ghazali bagaimanapun enggan mengulas lanjut penangkapan pemimpin PKR itu, yang pernah menggelarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi.
Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.