Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jawatankuasa PAS Pusat mahu semua 10 ahli exco kerajaan negeri Kedah dikekalkan walaupun keputusan muktamad terletak pada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, kata Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.

NONE "Semua 10 mereka adalah penting bagi pentadbiran negeri ini," kata Mustafa pada sidang media yang diadakan secara tergempar hari ini.

"Memang ada perbezaan pendapat dalam isu-isu tertentu dan cara ia dikendalikan... tetapi perbezaan ini, boleh diselesaikan," katanya.

Semalam, Azizan dilaporkan berkata hanya lapan ahli exco kerajaan negeri Kedah akan mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit, esok, berbanding 10 sebelum ini.

Exco yang disebut-sebut tidak akan dilantik semula itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga Datuk Phahrolrazi Zawawi ( bawah, kanan ) yang merupakan timbalan pesuruhjaya I PAS Kedah.

NONE Manakala seorang lagi adalah Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri Datuk Dr Ismail Salleh yang juga adalah timbalan pesuruhjaya II PAS Kedah.

Mustafa juga berkata berkata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub akan ke Kedah esok bagi mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan anggota exco berkenaan.

"PAS sedang memberi perhatian penuh terhadap isu pentadbiran kerajaan negeri Kedah, dan PAS Pusat perlu main peranan dalam isu ini," kata Mustafa.

Beliau turut menafikan berlaku cubaan menggulingkan Menteri Besar, namun tidak menolak berlaku perbezaan pendapat bagi menangani isu-isu tertentu dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah.

"Masalah tersebut sebenarnya telah dibincangkan dengan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) melalui pertemuan dengan Menteri Besar dan juga semua exco kerajaan negeri.

"Pada pertemuan 17 Feb itu, presiden parti telah dimaklumkan dengan isu yang berlaku dalam pentadbiran negeri dan Menteri Besar juga telah beri jaminan kepada presiden semua exco yang berkhidmat akan dikekalkan," katanya.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03 Pada sidang media itu, Mustafa turut mengakui bahawa konflik berkenaan Phahrolrazi danIsmail yang telah menghantar surat kepada Azizan ( kiri ) menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan berkenaan.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang hadir juga berkata beliau yakin, perkara itu akan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

"Kita akan mencari jalan penyelesaian dan saya yakin kemelut tersebut akan dapat diselesaikan sebaik mungkin.

"Isu kekal atau tidak sebagai exco adalah perkara biasa dalam setiap pentadbiran kerajaan dan ia bukan masalah yang rumit untuk kita selesaikan," katanya sambil menambah PAS Pusat mengganggap ia masalah yang serius dan memerlukan campur tangan daripada pemimpin peringkat tertinggi.

[Baca berita penuh]

ADS