Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembiayaan dana politik akan dikawal selia, kata Najib
Diterbitkan:  Feb 27, 2012 5:11 PM
Dikemaskini: 11:32 PM

Dalam langkah yang tidak dijangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan satu inisiatif baru untuk mengawal selia pembiayaan politik bagi semua parti.

"Inisiatif ini akan memberi penekanan bahawa setiap sumbangan kepada mana-mana parti politik, sama ada di peringkat persekutuan ataupun negeri, mesti disalurkan melalui akaun rasmi parti.

NONE "Ini adalah untuk mengelakkan ahli-ahli politik daripada menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudian diselewengkan untuk kepentingan peribadi.

"Setiap sumbangan yang diberikan perlu dikeluarkan resit dan dibankkan ke dalam akaun parti itu. Dengan rekod berkenaan sumbangan, ia boleh diaudit pada akhir setiap tahun kewangan," kata beliau.

Kerajaan, kata Najib, yakin inisiatif berkenaan mampu mencegah rasuah dan penyalahgunaan dana pada peringkat akar umbi yang akan memberi manfaat kepada parti dan orang awam.

najib putrajaya 280212 Inisiatif itu akan diperkenalkan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dicadangkan oleh lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi manakala manfaat sumbangan itu dapat disampaikan kepada segenap peringkat parti dan seterusnya rakyat.

[Baca berita penuh]

ADS