Malaysiakini BERITA

NFC beli pasaraya pula di Singapura, kata PKR

Kuek Ser Kuang Keng  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Kecewa dengan kegagalan kerajaan bertindak terhadap syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NCFC) yang didakwa terbabit dengan penyelewengan dana RM250 juta, PKR hari ini mendedahkan bahawa syarikat berkenaan memiliki sebuah pasaraya mewah di Singapura.

NONE Pengendali pasar raya itu yang berdaftar di Singapura, Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dimiliki bersama oleh suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil - Datuk Mohd Salleh Ismail - bersama dua anak mereka, Wan Shahinur Izran, dan Wan Izzana Fatimah Zabedah.

Menurut Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Farmhouse memeterai perjanjian dengan pusat peruncitan mewah yang dinamakan Star Vista, untuk menjadi penyewa utama pusat membeli-belah itu dengan menyewa 28 unit di tingkat dua.

“Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini, apabila kompleks Star Vista siap,” katanya.

NONE Rafizi juga telah mengunjungi tapak pusat membeli-belah yang masih dalam pembinaan di lokasi utama berhampiran Universiti Teknologi Nanyang di Singapura.

Semakan dengan Suruhanjaya Persaingan, kata Rafizi mendedahkan bahawa sewa di lokasi utama itu adalah sekitar harga SGD350 hingga SGD500 bagi setiap meter persegi.

Justeru, katanya ini bermakna sewa bulanan bagi kira-kira 3,000 meter persegi yang disewa di pusat membeli-belah yang disewa dari Farmhouse adalah sekitar SGD900,000 atau RM2.2 juta.

“Sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC, seperti yang berlaku di dalam pembelian-pembelian aset mewah lain sebelum ini,” kata Rafizi.

NONE Sehubungan itu,  katanya, PKR NFC menjelaskan komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets termasuk perjanjian sewaan yang telah dimeterai.

“Tindakan tegas perlu dilakukan segera untuk merampas kembali semua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan jenayah perdagangan.

“Jika ini tidak berlaku dalam minggu ini, PKR akan melakukan pendedahan setiap minggu hinggalah Dewan Rakyat bersidang pertengahan bulan Mac ini,” kata beliau.

NONE Sebelum ini, Rafizi pernah mendedahkan NFC turut memiliki tiga buah restoran mewah di Singapura dan pelaburan berjumlah RM44 juta dalam tiga kondominium mewah di negara itu.

Menurut beliau, syarikat berkenaan juga aktif dalam mengambil pekerja melalui pengiklanan dan dipercayai sebagai persediaan pasaraya itu yang akan dibuka tahun ini.

[Baca berita penuh]