Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP: Pembangkang dapat liputan lebih luas di Internet

Kenyataan pembangkang bahawa mereka tidak bersaing secara sama rata merupakan dakwaan tidak adil kerana kumpulan itu mempunyai akses kepada media dalam talian yang mempunyai pembaca lebih besar daripada beberapa media arus perdana.

NONE Memberi contoh, anggota parlimen Kota Belud Abdul Rahman Dahalan berkata, sekarang ini lebih ramai orang membaca Malaysiakini berbanding Utusan Malaysia dan lebih banyak membaca The Malaysian Insider daripada The Star .

Menurut statistik terkini Malaysian Digital Association, kedudukan portal berita tempatan didahului Star Online , diikuti Malaysiakini, Utus an Online, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro, The Malaysian Insider dan Sin Chew Daily .

Tiada statistik membandingkan antara akhbar dan portal berita.

Namun menurut Google Trends, Malaysiakini mendepani dalam kumpulannya.

NONE Abdul Rahman berkata, media dalam talian berkembang pesat selepas pilihan raya umum 2008 dan kini turut menyertai media arus perdana.

Bercakap dalam debat membincangkan isu kebebasan dan sifat tanggungjawab di Kuala Lumpur hari ini, Abdul Rahman berkata, dalam skla kecil, Pakatan Rakyat mengawal TV Selangor dan tidak juga memberikan separuh liputannya terhadap BN.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS