Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas Pesuruhjaya PAS Datuk Hasan Ali hari ini mendakwa pemecatannya sebagai anggota PAS akan menjadi sebahagian daripada faktor yang menyebabkan kekalahan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

hasan ali, jati president pc at his house, kl Katanya, faktor pemecatannya masih relevan dan akan menyebabkan "kekalahan teruk" PAS di samping pendirian Pakatan Rakyat terhadap isu-isu lain seperti Palestin-Israel dan masalah Kristianisasi.

"Dan isu-isu lain, termasuk pemecatan Hasan Ali masih relevan dan saya nampak ribuan tanya saya, yang disampaikan dengan begitu baik," katanya.

Isu-isu lain, kata bekas exco agama kerajaan negeri Selangor itu, berkaitan kenyataan seorang anggota jawatankuasa pusat PAS tentang kesediaan parti itu menerima bukan Islam sebagai pemimpin parti.

Bercakap pada sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan yang secara tidak langsung mendakwa dirinya mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh berkata program jelajahnya mendapat sambutan baik apabila ribuan yang hadir.

NONE Di Kota Baru semalam, tambahnya, ceramah Jalur Tiga (JATI) yang kini dipimpinya mencatat kehadiran hampir 8,000 orang.

Manakala di Pendang pula, tiga hari sebelum itu, katanya, kira-kira 15,000 orang hadir.

"Menurut orang tempatan, tak pernah sambutan sebegitu baik program PAS atau BN di kawasan itu," katanya lagi.

Bagaiamapun jumlah yang hadir itu tidak dapat disahkan kerana Malaysiakini tidak mempunyai wartawan di lokasi berkenaan ataupun menghantar wartawan dari Kuala Lumpur bagi membuat luputan tersebut.

ADS