Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata dewan itu akan mengadakan dialog dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan bekas perdana menteri itu dalam isu hudud.

pas umno pemuda talks parliment 010709 nasrudin hassan Nasruddin berkata mereka itu ingin mendengar sendiri penjelasan daripada Mahathir yang sebelum ini dilaporkan telah menafikan bahawa hukum hudud wujud dalam al-Quran.

"Kita mahu selesaikan secara berdepan dengan Tun Mahathir," katanya yang ingin memastikan sekiranya Mahathir benar-benar telah bermaksud demikian.

Dalam ulasannya sebelum ini, Nasruddin ( kiri ) berkata beliau telah menyatakan bahawa pandangan seperti itu tidak betul.

"Tetapi kemudiannya ada pula yang cuba tafsir bahawa mungkin Tun maksudkan terma (hudud) itu yang tidak ada dalam al-Quran," katanya.

Debat mengenai isu itu pula telah berlarutan di Internet, kata Nasruddin lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Atas dasar itulah maka pergerakan itu berniat untuk bertemu Mahathir.

Selain dialog dengan mahathir, pergerakan itu juga merancang untuk berdialog dengan ketua pengarang akhbar The Star ekoran isu yang timbul dari liputan akhbar berkenaan.

Katanya, isu yang akan ditimbulkan itu kebanyakannya berhubung pemberitaan The Star dan juga sikap Pemuda PAS dalam perkara melibatkan hiburan dan juga berkaitan sensitiviti agama.

NONE Antaranya melibatkan foto kontroversi artis Erykah Badu yang disiarkan The Star -- tindakan yang menimbulkan bantahan daripada kumpulan seperti Pemuda PAS dan juga PERKASA.

Tindakan berkenaan menyebabkan The Star dipanggil untuk memberi penjelasan di Kementerian Dalam Negeri dan turut menggantung dua orang kakitangannya berhubung penyiaran foto tersebut.

Ketika ditanya, Nasruddin berkata Pemuda PAS tidak harus berasa begitu gembira dengan tindakan yang dikenakan ke atas kakitangan berkenaan kerana ia mungkin "terlalu zalim."

Oleh sebab itulah juga Pemuda PAS ingin bertemu dengan The Star untuk menjelaskan pendirian mereka dalam isu-isu berkenaan.

VIDEO | 11.30 min