mk-logo
Berita
Orang Asli Temuan kecewa permohonan BR1M ditolak
Diterbitkan:  Mar 5, 2012 7:34 AM
Dikemaskini: 8:59 AM

[VIDEO | 5.18 mins ]

Seorang penduduk Orang Asli dari suku Temuan kecewa bahawa permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)  beliau telah ditolak walaupun beliau tidak mempunyai sebarang pendapatan.

NONE Dewi Malam, 52, dari Kampung Orang Asli Pulau Kempas di Hulu Langat, Selangor, berkata beliau menerima jawapan daripada Kementerian Kewangan pada 16 Februari yang mengatakan bahawa beliau tidak layak untuk menerima bantuan berkenaan.

"Saya tidak mempunyai pendapatan tetap sejak tujuh tahun yang lalu. Jika kerajaan tidak mahu beri wang, tidak ada masalah, tetapi jangan nafikan hak orang yang benar-benar memerlukan bantuan," kata Dewi.

Dalam satu temu bual dengan Malaysiakini.tv , Dewi berkata tangan kirinya mengalami kecacatan sehingga menyukarkan mendapatkan pekerjaan.

NONE Antara alasan penolakan permohonan BR1M yang diberikan adalah bahawa gaji Dewi tidak berada di bawah paras RM3,000, dan namanya tidak berada dalam senarai pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau kemudian mengeluarkan kad pengenalan untuk membuktikan kewarganegaraannya.

'JPN dakwa saya bukan rakyat Malaysia'

"Apa yang dimaksudkan JPN... bermakna saya bukan rakyat Malaysia dan bukan seorang pengundi di negara saya sendiri.

"Selepas negara ini maju, mereka mahu menyingkirkan orang-orang seperti diri saya," kata bapa kepada empat orang anak yang melakukan kerja-kerja am bagi menyara keluarganya.

Anak-anak Dewi berumur 16, 17, 25 dan 27 tahun dan seorang daripada mereka menghadapi masalah jantung kongenital.

NONE Dua anaknya yang sulung, masing-masing bekerja sebagai tukang cuci dan pengawal keselamatan manakala dua yang lain masih di bangku persekolahan, tetapi Dewi tidak mampu untuk menampung perbelanjaan pendidikan mereka.

BR1M adalah bantuan RM500 daripada kerajaan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan. Ia hanya dibayar sekali sahaja.

Bulan lalu, pengerusi MCA Bahagian Bera Datuk Tang Hock Lok, menimbulkan kejutan apabila beliau juga disenaraikan untuk layak menerima bantuan RM500 daripada kerajaan.

Walau bagaimanapun, Tang menafikan wujudnya sebarang unsur penipuan. Katanya, niat beliau memohon adalah untuk mendermakan wang berkenaan kepada pihak kebajikan.

VIDEO | 5.19 min

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Paling Popular
Terkini