Setelah kerugian RM11 juta, dua syarikat berkaitan kerajaan di Selangor telah dijual manakala syarikat ketiga ditutup, demikian Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) diberitahu hari ini.

Persidangan hari ini juga diberitahu bahawa tiga projek yang dibiayai oleh dana awam dijalankan dengan pinjaman persekutuan bernilai RM90.3 juta.

Syarikat berkenaan, iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), memulakan projek berkenaan antara tahun 2005 dan 2006 dengan pinjaman daripada kementerian kewangan dengan tujuan membangun dan mengkomersialkan pertanian.

Ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah perdana menteri manakala Selangor di bawah pentadbiran BN.

Bagaimanapun, semua projek berkenaan mengalami kerugian atau gagal memenuhi sasaran sehingga mengakibatkan kehilangan jumlah wang yang besar.

Perkara itu menarik  perhatian umum dan dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Pengurusan semasa PKPS mendapati projek-projek berkenaan "tidak mempunyai harapan untuk diteruskan semula".

Bagi mengurangkan kerugian, PKPS menjual dua daripada syarikat itu dan menutup syarikat yang ketiga.

[Baca berita penuh]