Tiga beranak rentung di Seri Kembangan
Diterbitkan: Mar 9, 2012 10:53 AM | Dikemas kini: Mar 9, 2012 10:56 AM
Tiga sekeluarga rentung apabila terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Aman, Seri Kembangan dekat ibunegara awal hari ini.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan Zulkifli Sairan berkata berdasarkan laporan awal kebakaran pada kira-kira pukul 2.55 pagi itu meragut nyawa seorang ibu berusia 30-an bersama dua anak perempuan masing-masing berusia tiga dan enam tahun.
Kesemua mayat telah dihantar ke Hospital Serdang, katanya kepada Bernama.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.