Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR: Wan Azizah jauh berbeza berbanding Sharizat
Diterbitkan:  Mar 13, 2012 3:40 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Naib Presiden PKR, N Surendran menyifatkan perbandingan antara presiden parti itu Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil adalah tidak masuk akal.

NONE Surendran ( kanan ) merujuk kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang berkata Wan Azizah sepatutnya meletak jawatan sebagai presiden PKR ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan pada tahun 1999.

“Kenapa Wan Azizah perlu meletakkan jawatan, apabila beliau dan keluarga menjadi mangsa politik Machiavelli dan durjana Umno?

“Sebaliknya, menjadi tugas beliau sebagai pemimpin untuk kekal dan meneruskan agenda reformasi, dan beliau menghadapinya dengan bermaruah dan berani, di sebalik rintangan yang besar”, kata Surendran dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, ia berbeza sekali dengan Shahrizat dan keluarga, yang didakwa  menyalahgunakan wang rakyat hasil pinjaman mudah RM250 juta daripada kerajaan untuk kepentingan mereka.

pkr congress 2011 261111 wan azizah anwar 02 “Umum mengetahui hukuman ke atas Anwar adalah rancangan jahat Umno, melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, polis, Peguam Negara dan sistem kehakiman yang pincang.

“Hukuman itu juga mengejutkan rakyat Malaysia, dan mengundang kutukan seluruh dunia. Hanya pemimpin Umno sahaja mengatakan hukuman itu dibuat dengan adil dan betul”, kata beliau.

Selepas pengumuman Sharizat untuk tidak menyambung tugas beliau sebagai menteri kabinet, pemimpin Umno BN berlumba-lumba memuji tindakan Sharizat sebagai pengorbanan besar dan wajar dicontohi pemimpin Pakatan.

ADS