Dalam percubaan pertama seumpamanya, NGO Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini melancarkan ikrar integriti pilihan raya bertujuan untuk meyakinkan calon-calon membuat komitmen terhadap integriti dan urus tadbir yang baik.

Ikrar itu , satu kontrak sosial yang tidak terikat, memerlukan calon yang menandatanganinya, menolak rasuah dan politik wang semasa kempen pilihan raya mereka dan selepas mereka dipilih.

NONE Di majlis pelancaran ikrar tersebut di Subang Jaya hari ini, Presiden TI-M, Datuk Paul Low (kanan) berkata pertubuhan itu akan menyediakan platform melalui media sosial supaya mereka yang menandatanganinya, sentiasa di bawah pemerhatian awam.

"Rakyat akan memantau tingkah laku mereka (selepas mereka menandatanganinya), mereka juga boleh menuntut calon di kawasan mereka untuk menandatanganinya," katanya.

Menjelaskan penting ikrar tersebut, beliau berkata, integriti politik terus menjadi halangan utama bagi Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang bebas daripada rasuah.

"Kecuali jika kita selesaikan masalah persepsi masalah integriti politik di kalangan ahli politik, bidang lain seperti perolehan kontrak, tidak akan dapat diselesaikan dengan mudah," katanya

[Baca berita penuh]