Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

BN Melaka bertekad untuk menjadikan negeri itu sebagai kubu kuat parti menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusi Perhubungan BN negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, BN akan mempertahankan 23 kerusi DUN sedia ada selain mahu memastikan mereka mampu merampas kembali DUN Bachang daripada DAP.

rustam ali silat group bersih 4 “Timbalan  Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berpuas hati dengan persediaan negeri bagi menghadapi PRU pada perjumpaan khas bersama jawatankuasa BN negeri baru-baru ini.

“Kita akan pertahankan 23 kerusi DUN dan mahu rampas Bachang selain mempertahankan lima parlimen.

“Kita sama-sama ikrar untuk menawan kawasan yang pernah menang dahulu seperti Ayer Keroh, Kesidang dan Kota Laksamana,” katanya, hari ini.

Sementara itu, laluan yang diberikan MCA kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk menawan kerusi Kota Laksamana diharap memberi kemenangan buat parti.

Mohd Ali turut melahirkan rasa berpuas hati terhadap sokongan rakyat kian meningkat berbanding PRU lalu.

Namun, harapannya jentera BN akan terus mengorak langkah bekerja keras bagi memastikan kemenangan kekal milik BN.

“Setiap Bahagian juga diminta senaraikan nama calon sebagai persediaan awal sekiranya diminta pucuk pimpinan pada bila-bila masa,” katanya.

ADS