Ahli DAP diminta rapatkan barisan, fokus pada PRU
Perbalahan antara pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh dan Timbalan Ketua Pulau Pinang, P Ramasamy sudah pun berakhir, kata setiausaha agung parti Lim Guan Eng.
Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, Lim berkata penasihat DAP Lim Kit Siang dan Chen Man Hin telah bertemu dengan Karpal, malam tadi.
“Kita telah bersetuju bahawa episod terkini yang sedang dimainkan oleh media kawalan BN sudah pun berakhir,” kata Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang.
Lim menggesa semua ahli untuk merapatkan barisan dan menumpukan perhatian kepada peluang bersejarah untuk membawa perubahan dan menyelamatkan Malaysia dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Semua pemimpin parti dan ahli harus bersatu-padu supaya musuh politik kita tidak mempunyai sebab untuk mengeksploitasikan keadaan dengan menganjurkan demonstrasi terhadap DAP atau mana-mana pemimpin DAP.
"Semua pemimpin dan ahli parti perlu bersatu bersama-sama supaya musuh politik kita tidak akan cuba untuk mengeksploitasi keadaan dengan menganjurkan demonstrasi menentang DAP atau pemimpin pada satu alasan atau yang lain," katanya.
Kenyataan Lim itu berikutan cetusan baru-baru ini oleh Karpal, yang membidas keputusan lembaga disiplin DAP yang membebaskan Ramasamy daripada dakwaan salah laku kerana mendalangi satu protes Disember lalu.

