Mafrel: Sistem pilihanraya peninggalan British perlu diganti
Badan Pemantau Pilihanraya Malaysia (Mafrel) berpendapat sistem pilihanraya Malaysia yang diwarisi daripada penjajah British sudah lapok dan perlu dikaji keberkesanannya dalam konteks perkembangan terkini.
Badan Pemantau Pilihanraya Malaysia (Mafrel) berpendapat sistem pilihanraya Malaysia yang diwarisi daripada penjajah British sudah lapok dan perlu dikaji keberkesanannya dalam konteks perkembangan terkini.
Sehubungan itu, Mafrel mencadangkan supaya pembaharuan dilakukan dengan menggantikannya dengan sistem pilihanraya berimbang atau 'proportionate representation'.
Sistem ini diamalkan di kebanyakan negara di Eropah di mana calon yang mendapat undi terbanyak, tidak semestinya menang, jika ia membabitkan pertandingan lebih daripada dua penjuru.
Contohnya, dalam pertandingan tiga penjuru di mana calon A dan calon B secara individu mendapat undi kurang daripada yang diperolehi oleh calon C.
Tetapi sekiranya jumlah undi mereka (A dan B) lebih tinggi daripada yang diperolehi oleh C, maka pertandingan pusingan kedua akan diadakan di antara calon C dan calon yang mendapat undi kedua tertinggi.
Sebagai contohnya dalam pertandingan bagi kerusi Parlimen Taiping dalam pilihanraya umum yang lalu di mana calon Barisan Nasional (BN), Datuk M Kayveas mendapatkan 20,129 undi untuk mengatasi calon DAP, Ong Chee Keng yang mendapat 17,957, manakala calon Keadilan J P Annah Dorai pula mendapat 4,371.
Kalau mengikut sistem pilihanraya seimbang, jumlah undi yang diperolehi oleh calon DAP dan Keadilan - 22,328 undi - adalah lebih tinggi daripada yang diperolehi oleh Kayveas (20,129).
Dengan itu, pertandingan pusingan kedua di antara Kayveas dan Ong perlu diadakan untuk menentukan pemenang antara kedua-duanya.
Bubar
Sementara itu, Mafrel, dalam satu kenyataannya, berkata sistem sekarang yang menggunakan sistem pilihanraya berkawasan, terbukti tidak lagi sesuai dan menimbulkan permasalahan rumit sepertimana yang berlaku dalam pilihanraya umum Ahad lalu.
"Kegagalan dan kepincangan pilihanraya lalu menuntut kepada keperluan kepada kajian semula dan semakan terhadap sistem dan proses pilihanraya di Malaysia agar sesuai dan menepati kehendak semasa dan perubahan zaman," tambah kenyataan itu.
Sehubungan itu, Mafred juga berpendapat sebuah suruhanjaya diraja perlu dibentuk untuk mengkaji kelemahan dan kepincangan dalam perjalanan pilihanraya umum yang lalu.
Mafred juga menggesa supaya pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sedia ada meletakkan jawatan dan suruhanjaya itu dibubarkan.
Tambanya kenyataan itu lagi, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menubuhkan sebuah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang baru, yang benar-benar dilihat bebas, berwibawa dan profesional untuk menjalankan pilihanraya semula.
Menurutnya lagi, pilihanraya pada prinsipnya hendaklah menyediakan ruang saksama bagi rakyat menzahirkan iltizam mereka melalui kerahsiaan undi untuk memilih kerajaan dengan mandat yang sah.
Katanya, proses itu hendaklah dibuat secara nyata dan jelas melalui proses pilihanraya yang bebas dan adil, sejajar dengan piawaian dan amalan antarabangsa dan mencerminkan perlaksanaan prinsip satu warga satu undi.
"Mafred merumuskan bahawa prinsip asas ini gagal dipenuhi dalam pilihanraya umum kesebelas Malaysia," tambahnya.
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.