Hadirin cekup remaja cuba ganggu ceramah Pakatan
Seorang remaja yang dipercaya cuba menganggu ceramah pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Selangor malam tadi, dicekup para hadirin, menyebabkan anggota Unit Amal PAS yang mengawal ceramah tersebut, terpaksa bertungkus berusaha menghalang daripada remaja itu dipukul.
Sebelum itu, sekumpulan kira-kira 20 remaja bermotosikal berhenti di luar tempat ceramah tersebut di Stadium Kuala Selangor serta membawa sepanduk anti-Pakatan sambil mengejek hadirin dari luar pagar.
Perbuatan itu mencetuskan kemarahan hadirian
yang sebahagiannya bergerak menujuk ke arah pagar sambil menjerit "Tangkap mereka! Tangkap mereka!".
Pagar itu terletak kira-kira 20 meter dari pintu masuk stadium di mana kira-kira 5,000 orang sedang mendengar ucapan pemimpin Pakatan.
Seorang saksi mendakwa, beberapa remaja tersebut bertindak merosak dan mencalar beberapa buah kenderaan yang diletakkan di luar stadium.
Sekumpulan hadiran yang berang kemudian keluar dari stadium dan berjaya mencekup salah seorang remaja tersebut dan mengheretnya masuk ke dalam stadium.
Remaja itu yang berpakaian baju-T berwarna merah jambu berjalur putih, diserbu orang ramai yang berang, menyebabkan anggota Unit Amal bertungkus lumus bentuk membentuk perisai manusia untuk melindunginya.
"Jangan pukul dia, jangan pukul dia, biarkannya dia pergi," jerit seorang anggota Unit Amal berulang kali ketika mereka cuba menghalang orang ramai yang berang manakala yang lain meminta supaya bertenang, tetapi usaha itu tidak berhasil.
Selepas anggota Unit Amal berjaya membentuk bulatan di sekelilingnya, remaja tersebut dikejar ke pintu stadium dan dilepaskan untuk menyertai rakan-rakan yang sedang menunggunya
Pintu stadium terus ditutup untuk menghalang orang ramai yang marah daripada yang mengejar mereka.
Di sebalik kekecohan itu, ceramah yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi Pakatan - Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Hadi Awang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - berjalan tanpa gangguan.
Kekecohan kira-kira selama 20 minit itu tidak mengganggu ceramah yang berlangsung dan berjalan seperti biasa.
Ceramah Anwar serta anaknya, Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR, Nurul Izzah pergi diganggu sebelum ini.
Pada 13 Februari, kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba di Machap Alor Gajah dicemari oleh mereka yang dipercayai penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.
Pada 20 Februari pula kereta Anwar dilontar batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah ketika berceramah di Jalan Mersing, Sembrong.
Pada 27 Februari pula, Nurul bersama pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad nyaris ditumbuk semasa berceramah di Felda Lepar Hilir I, Gambang, Pahang.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.