Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Reformasi p'raya: PSC perlu selesaikan lima lagi isu

Selepas mengadakan siri pendengaran awam di seluruh negara dan mesyuarat panel sejak enam bulan lalu, Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi reformasi pilihanraya telah mencapai kata sepakat berhubung 16 isu utama.

Panel sembilan anggota yang diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi

dan Inovasi Datuk Maximus Ongkili itu bagaimanapun masih belum mencapai kesepakatan berhubung lima lagi isu, kata sumber yang rapat dengan PSC.

Antara perkara penting yang belum selesai ialah:

- Dana kempen politik

- Tempoh kempen yang sesuai

- Calon menarik diri selepas hari penamaan calon

- Pengundian bagi mereka yang menetap di luar negara.

- Undi pos untuk petugas media

NONE Sumber itu memberitahu Malaysiakini bahawa jawatankuasa tersebut

telah, pada dasarnya, bersetuju mengenai satu mekanisme untuk membenarkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara untuk mengundi, dengan syarat mereka pulang setiap lima tahun.

"Jawatankuasa ini dalam proses memperhalusi mekanisme tersebut," kata sumber itu.

PSC, yang dalam peringkat akhir memuktamadkan laporannya yang dijadual siap pada 2 April, juga menghadapi kesukaran membuat keputusan berhubung tempoh yang sesuai bagi kempen pilihan raya.

"Beberapa anggotanya mahu tempoh berkempen 21 hari, manakala majoriti lebih suka menghadkannya kepada 10 hari," tambah sumber itu.

[Baca berita penuh]

ADS