Bak kata pepatah - gambar mencoretkan seribu perkataan, malah jutaan perkataan. Sepanjang masa, gambar menceritakan kisah kehidupan seseorang atau masyarakat, dengan cara yang tidak mampu digambarkan melalui tulisan.

Dengan mengambil kira keadaan itu, maka Malaysiakini dengan bangganya menaja satu daripada 15 Anugerah DiGi WWWOW, untuk mengiktiraf jurugambar yang memaparkan kisah paling menyentuh hati mengenai subjek kehidupan sebenar.

Anugerah 'Malaysiakini Photojournalists of the Year' terbuka kepada Photojournalist profesional atau amatur, dan sesiapa sahaja yang berada dengan kamera pada tempat dan masa yang betul.

NONE Apa yang anda perlu lakukan ialah rakamkan peristiwa benar yang unik, relevan dan terkini, dan yang mampu menyentuh hati penonton.

Ia hendaklah menampilkan masyarakat tertentu, trend, acara, individu atau tempat yang boleh memikat hati penonton untuk tahu lebih lanjut. Kreativiti dan komposisi adalah penting - Muslihatnya ialah mendapatkan komposisi terbaik yang menceritakan kisah anda secara paling sempurna.

Acu, rakam dan log melalui Facebook atau Twitter untuk memuat-naik penyertaan. Anda boleh menghantar maksimum tiga gambar bagi setiap penyertaan, dan juga berkongsinya di halaman Facebook anda.

Tarikh tutup Peraduan ini, yang dilancarkan minggu ini, ialah pada 22 April. Pemenangnya akan diumumkan di malam anugerah tersebut pada 9 Jun.

Bersama 14 kategori lain dalam anugerah WWWOW DiGi tahun ini, semua penyertaan akan dinilai oleh sebuah panel hakim.

Panel hakim juga akan mengambil kira undi populariti melalui  rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, yang direkodkan dari 23 April hingga 13 Mei. Satu butang undi akan disediakan di lamanweb peraduan sepanjang tempoh tersebut.

Anugerah DiGi WWWOW adalah satu-satunya dan yang pertama anugerah 'internet untuk semua'. Ini adalah tahun kedua peraduan ini yang dianjurkan.

Ia bertujuan untuk menghargai kreativiti, ketulenan dan semangat keusahawanan rakyat biasa Malaysia menggunakan di internet dan platform media sosial, dengan skop yang luas yang antaranya meliputi penulis blog dan twitter, badan amal, muzik dan aplikasi.

Peraduan dan senarai penaja telah diumumkan dalam sidang akhbar yang dihoskan oleh pejabat korporat DiGi D'House di Taman Industri Shah Alam Sabtu lepas.

Maklumat lanjut mengenai 'Malaysiakini Photojournalist of the Year' boleh diperolehi di sini.