Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jelajah pro-penyenaraian Felda bermula esok
Diterbitkan:  Mar 28, 2012 1:20 PM
Dikemaskini: 5:24 AM

Sebuah program jelajah ke seluruh tanah rancangan Felda akan dianjurkan ke seluruh negara bermula esok oleh kumpulan pro- penyenaraian di Bursa Malaysia bagi memberi penjelasan berhubung usaha itu.

Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Tan Sri Rozali Ismail berkata, siri jelajah itu bagi mengelakkan mana-mana pihak mengambil kesempatan dan memutar belit fakta mengenai penyenaraian itu, lapor Sinar Harian .

mapem president rozali ismail "Saya berharap isu seperti prosedur dan penyenaraian serta penglibatan peneroka dapat dijelaskan dengan cara ringkas dan mudah difahami.

"Kerajaan sendiri berjanji dan menjamin kepentingan seluruh warga Felda akan dipelihara," kata Rozali dipetik.

Pada siri jelajah itu nanti, peneroka akan didedahkan tentang peluang menyertai pelaburan pasaran saham yang terdapat dalam negara selain dijelaskan mengenai aspek perundangan.

Siri jelajah itu akan bermula di Felda Kerteh 6, Terengganu.

Sementara itu, harian itu juga melaporkan, Felda Global Ventures Bhd (FGVH) sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa mereka mencatat keuntungan sebanyak RM203 juta pada 2009 dan RM366 juta pada 2010.

Justeru, beliau mendakwa, dakwaan PAS semalam tidak tepat dan FGVH mempunyai bukti bagi membuktikan mereka meraih keuntungan pada kedua-dua tahun itu.

GWGF merupakan pertubuhan bertujuan menyatukan generasi Felda, menjaga kepentingan dan hak ahli-ahli dan menjalinkan kerjasama erat dengan pengurusan Felda.

ADS