Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jabatan Pelajaran Selangor (JPN) mengakui menghantar memo dalaman bertanyakan status pendaftaran pengundi di kalangan guru tetapi menafikan ia bertujuan mengenalpasti maklumat kawasan pengundian mereka.

Borang yang dihantar itu sebenarnya untuk kegunaan guru besar untuk menggalakkan guru yang mendaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya, kata seorang pegawainya.

"Kerajaan sedang NONE menjalankan kempen menggalakkan pengundi mendaftar," katanya pegawai itu lagi yang enggan namanya disebut.

Pegawai berkenaan juga berkata, masalah guru tidak berdaftar sebagai pengundi agak serius kerana 20 orang daripada 100 guru didapati belum mendaftar.

"Kita tidak ada (niat untuk intimidasi). Kalau tahu pun (maklumat berkaitan), kita tak boleh buat apa-apa," katanya.

Pegawai berkenaan juga mendedahkan arahan itu datang dari kementerian dan pernah dibincangkan dalam satu "mesyuarat pengurusan".

Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching hari ini mendedahkan salinan memo itu dalam sidang media di lobi parlimen yang ditandatangani ketua bahagian pengurusan akademik JPN negeri dan dialamatkan kepada semua timbalan pegawai pendidikan daerah.

Borang yang memerlukan pegawai berkenaan menyenaraikan bilangan guru di setiap sekolah dan jumlah yang berdaftar sebagai pengundi serta kawasan pilihan raya parlimen dan negeri mereka turut dikembarkan bersama memo yang bertarikh 22 Mac itu.

Teo berkata, kajiselidik yang pertama kali dijalankan itu membuatkan guru rasa diganggu dan pihaknya memandang berat terhadap 'mesej tersirat' kerajaan bahawa golongan itu bahawa mereka sedang diperhatikan.

Bagaimanapun, ditanya tentang penafian menteri pendidikan Datuk Seri Wee Ka Siong berhubung dakwaan itu, pegawai itu membalas: "Biasalah, ini politik".


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS