Kementerian Kesihatan menyangkal dakwaan bahawa peruntukan kepada NGO yang menyediakan perkhidmatan maklumat, pendidikan dan penjagaan yang berkaitan dengan HIV dan Aids, telah dipotong.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin Menurutnya, peruntukan bagi program kesedaran telah melebihi RM40

juta yang kerajaan komited untuk salurkan di bawah memorandum persefahaman yang ditandatangani pada tahun 2003 untuk tempoh 10 tahun.

Dalam satu kenyataan semalam, Timbalan Menteri Kesihatan, datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (kiri) berkata  bagi tahun ini, RM5.3 juta telah diluluskan melalui Majlis Aids Malaysia (MAC) untuk menyokong aktiviti NGO berkenaan, iaitu kurang RM50,000 berbanding peruntukan tahun lepas tahun sebanyak RM5.35 juta.

Oleh itu, katanya, termasuk Bajet 2012, jumlah dana yang diberikan oleh kerajaan sejak tahun 2003 telah mencecah RM64,889,500 - bertambah kira-kira RM25 juta atau 65 peratus daripada jumlah yang dipersetujui.

NONE Rosnah berkata demikian bagi menjawab dakwaan MAC, yang mewakili

NGO yang terlibat dalam program kesedaran Aids, bahawa pembiayaan mereka telah dipotong tanpa alasan yang sah.

Awal semalam, Naib Presiden MAC, Hisham Hussein (kanan) memberitahu satu sidang akhbar di lobi Parlimen bahawa pemotongan dana tersebut telah menyebabkan penutupan beberapa program dan pusat program pertukaran jarum picagari di seluruh negara.

[Baca berita penuh]