Beberapa NGO hari ini menuntut kerajaan menangguhkan pilihan raya umum bagi membolehkan kempen pendidikan kepada pengundi dilaksanakan selepas cadangan jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan pilihan raya diperkenalkan.

"Patut ada proses pasca-PSC... sekurang-kurangnya tiga bulan supaya kempen pendidikan pengundi di seluruh negara untuk memaklumkan tentang perubahan dalam sistem pemilihan," kata pemangku pengerusi Institut Kebangsaan Integriti Pilihan Raya (NIEI) K Shan.

Antaranya, tambah Shan, termasuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal secara olok-olok, kerana pengalaman negara asing seperti Afghanistan menunjukkan kekeliruan ketika ia mula diperkenalkan.

[Berita penuh menyusul]