Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Rundingan 34 penduduk flat lama PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli ditumbuk.

NONE Menurut saksi kejadian, Adam Adli Abd Halim kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat.

Adam yang hadir bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata.

Adam ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan dikasari dan mengalami kecederaan yang kini sedang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai Baharu.

Adam sebelum ini popular kerana menurunkan bendera memuatkan wajah Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan mahasiswa di depan ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.

Rakan dibawa ke balai polis

Ketika ditemui selepas membuat laporan, Adam berkata, sebelum ditumbuk, beliau dan beberapa aktivis pelajar naik ke tingkat tiga flat apabila mendapati ada keluarga yang menangis dan merayu agat PBT tidak menghalau mereka.

"Saya hanya naik dan tenangkan mereka. Lagipun pihak DBKL kata mereka cuma pecahkan pintu rumah yang tidak ada orang. Jadi selepas itu kami turun.

NONE "Sebelum itu lagi, ada beberapa orang yang jerit-jerit tetapi saya tak endahkan. Masa saya turun tangga dan nak pusing ke kanan sikit, terus ada orang menumbuk saya.

"Saya cam dia sebab sebelum itu, orang itu ada berbual dengan saya... Yang saya pasti ada dua serangan dibuat dekat saya," dakwa Adam.

Adam bagaimanapun kesal kerana tiada tangkapan dibuat berhubung individu yang menyerangnya.

Sementara itu, rakannya Ekhsan berkata, semasa kekecohan berlaku, beliau telah di bawa oleh anggota polis ke Balai Polis Jalan Pantai Baharu dan dan dibebaskan sejam kemudian.

Beliau bagaimanapun tidak ditahan pihak polis.

Adam kini ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi melengkapkan laporan polis.

ADS